salam..
morning seme..walaupun tak brape morning sgt la kn..dah nk masuk separuh hari pun..hi3..erm,harini tibe2 nk blogging lagi since ASTRO tak molek2..dahla ASTRO call semalam kata dlm 3-4hari bekerja baru technician dtg..mmg SENGAJA la kan...buuuusssuukk punye org..deeeengggki kuat..yela, kan minggu ni free Chanel ASTRO..adeh..mmg nmpak gayanye tak merasa la aku..saba je ar..malas la nk cite pasal tue nti kuar perkataan tak molek dr mulut IBU MENGANDUNG ni, takmo2 tak molek utk bby..hi3..
so, tukar pada mood baik..erm, rasanya hari ni nk berkongsi la sikit info kan since pregnant ni, FEMES gak soklan ni..DAH SCAN? BOY OR GURL...? ha, toksah tipu la msti akan ditanya nye soklan ni..dan yg TENSEN nye nk jawab sbb kdg2 kite scan bby SHY2 CAT takmo tunjuk..hi3..so, tak nmpk la kan..tp org2 di luar tue kata, ke taknk gtau..adeehhh...bkn taknk gtau tpi parents nye pun taktau..ha3..tpikn aku kalu dh tau pn aku taknk gtau..nk suprise...!! leh tak ckp kat DR yg saya taknk tau gender bby la, time scan nnti..next jadual scan aku 16.5..suspen jew..kebarangkalian besar bile dah masuk 5 bulan keatas leh nmpk dah gender kalu bby tak SHY2 CAT..ahaks..seyes nerves..gelabah je kn..my bff aku yg sma pregnant cm aku relaks jew kata exctied nk tau gender bby sbb nk beli barang bby senang..tpi kan BBY GURL yg banyak accessories n hot2 stuff gitu..kiut miut gitu..hi3..
eh, dah terlajak ni..ok, so memandangkan nerves sgt nk tau gender bby kan (gediksss kot..) aku pn watla CARIAN GOOGLE...hi3..so aku terbaca satu blog ni yg aku rasa amat berguna n menarik utk dikongsi ttg mengetahui jantina anak dlm kandungan..petua2 org2 lama..nak tau pe??? joooom....tgk...
boy or gurl?? ♥
1) PERUT IBU MENGANDUNG (ni femes)
Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan.
info dari ---->http://mamiraysha.blogspot.com
2) ARAH TIDUR IBU MENGANDUNG
Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.
info dari ---->http://mamiraysha.blogspot.com
3) BELAH PERUT IBU MENGANDUNG
Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.
info dari ---->http://mamiraysha.blogspot.com
4) PERANGAI IBU MENGANDUNG
Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. info dari ---->http://mamiraysha.blogspot.com
5) GARISAN PERUT IBU MENGANDUNG
Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.
info dari ---->http://mamiraysha.blogspot.com
6) WAJAH IBU MENGANDUNG
Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..
info dari ---->http://mamiraysha.blogspot.com
7) BUKU LALI IBU MENGANDUNG
Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan
info dari --->http://aidura.blogspot.com
8) RESPON BABY
Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby pompuan tu suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..
info dari ---->http://mamiraysha.blogspot.com
kesimpulannya, tak kisahla kn baby boy or gurl..erm, terpulang pada rezeki Allah kan, sebab SESUNGGUHNYA LELAKI ATAU PEREMPUAN BAYI ITU, ADALAH KETENTUAN DAN AMANAH ALLAH KEPADA KITA..wallahualam
yang penting bayi itu adalah lambang kasih sayang antara sepasang suami isteri ♥
ok, tue je utk post kali nie..hi3..saje berkongsi info smentara ada idea n bahan2 utk dikongsi..SHARING IS CARING..kan3..oraits..tue je..babai n wslam...
...moga kita semua dirahmati ALLAH..ameen...